Untuk Mereka yang Pernah Terseksa: Kisah Benar Jus Pati Medu
 
    Semua bermula dengan kisah benar — Kamal Hussin dan isterinya.
Isterinya mengalami masalah angin yang serius, gastrik, GERD, dan sampai tahap menyebabkan keresahan (anxiety) yang teruk. Dah macam-macam cara mereka cuba: ubat moden, rawatan tradisional, petua orang lama — semua pun tak jalan sepenuhnya.
Detik perubahan datang sebelum COVID-19 melanda. Dalam usaha tanpa putus asa, Kamal dan isterinya mula bereksperimen sendiri. Mereka cuba pelbagai bahan semula jadi, campur itu ini, cari keseimbangan yang sesuai… dan akhirnya lahirlah satu formula ringkas tapi mujarab — gabungan serai, lemon, dan pudina.
Tapi waktu tu, ada satu masalah besar: rasa dia tak sedap langsung. Pahit, payau, dan tak boleh nak telan. Kamal dan isterinya tak putus asa.
Mereka terus cuba, cuba, cuba, dan cuba lagi. Setiap kali cuba, mereka perbaiki rasa — sampai akhirnya berjaya dapatkan satu rasa yang sedap, boleh diminum, dan masih kekal berkhasiat.
Yang paling penting, hasilnya memang nyata. Masalah angin yang selama ni menyeksa isterinya perlahan-lahan reda. Bila tengok keberkesanan itu, Kamal dan isterinya mula terfikir:
“Kalau kami boleh lega, mesti ramai lagi di luar sana yang perlukan ikhtiar macam ni.”
Tapi mereka bukan sekadar nak berkongsi. Mereka nekad nak pastikan harga kekal mampu milik. Sebab sebelum itu, semua ubat dan rawatan yang mereka cuba terlalu mahal, membebankan, dan tidak semua orang mampu teruskan. Misi Kamal jelas — biar sesiapa pun boleh cuba, tanpa risaukan kos.
Jadi pada tahun 2023, mereka mula berkongsi Jus Pati Medu dengan orang ramai. Niat asal cuma nak tolong, tanpa sangka ia mendapat sambutan yang memberangsangkan. Semakin ramai cuba, semakin ramai serasi, semakin ramai beri maklum balas positif — daripada jual sikit-sikit, ia telah dikembangkan dengan bimbingan daripada Jabatan Pertanian Malaysia, memastikan kualiti dan standard yang diyakini dan kini hampir 100,000 botol sudah terjual di seluruh Malaysia.
 
  Jus Pati Medu hari ini bukan sekadar minuman botani. Ia simbol harapan, ikhtiar, dan keberanian untuk mencari jalan penyelesaian ketika tiada pilihan lain. Dari keluarga untuk keluarga, dari hati untuk hati.
Apa itu Medu?
“Medu” ialah sebutan dalam dialek Kelantan yang bermaksud angin dalam badan — punca rasa senak, kembung, atau tidak selesa di perut.
Medu ini juga merangkumi masalah yang disebabkan angin seperti gastrik, GERD dan anxiety.
Jus Pati Medu dicipta khas untuk membantu melegakan masalah ini, dengan ramuan semula jadi seperti serai, lemon, dan pudina.
Ikhtiar dari Hati: Asal Usul Jus Pati Medu
Part 1 - Permulaan Sebuah Harapan
Part 2 - Satu Perjalanan Panjang
Part 3 - Anugerah Untuk Dikongsi
